10 PERKARA MENUNJUKKAN ANDA SANGAT MENGHARGAI MASA1. Susah kalau tiada Jam Tangan Bagi seseorang yang sangat mementingkan aspek penjagaan masa dalam kehidupan seharian, mereka akan berasa susah sekiranya mereka terlupa memakai jam tangan atau jam tangan mereka hilang mahupun rosak. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa zaman sekarang ni, kita boleh tengok waktu melalui smart phone sahaja. Namun, bagi mereka yang mementingkan masa perkara tersebut melecehkan kerana setiap kali nak tengok masa mereka terpaksa membuka handphone mereka dan ada juga yang lebih malang apabila terlupa tujuan asal membuka handphone sebentar tadi dek kerana tertarik untuk membaca notification di dalam aplikasi media sosial. Hal ini kerana mereka kerap melihat waktu dan bagi mereka setiap saat yang berlalu amatlah berharga. 2. Memiliki planner dan jadual harian Planner atau dalam bahasa Melayu, perangka atau perancang. Kalau pergi MPH atau Popular memang akan jumpa, lebih-lebih lagi pada hujung-hujung tahun. Planner ni kegunaannya untuk kita merancang aktiviti seharian kita. Dalam maksud yang lain, planner adalah alat untuk membantu kita dalam membuat perancangan harian supaya kita dapat mencapai matlamat hidup kita. Orang yang menghargai masanya akan merancang setiap aktiviti hidupnya supaya aktiviti tersebut dilakukan dengan segala persiapan yang cukup dan dapat menghindari dirinya dari melakukan sesuatu yang tiada perancangan atau secara tidak sengaja. 3. Gaya berjalan yang pantas Cara berjalan kita juga menunjukkan fikiran kita waktu tersebut. Dan ia juga sebagai satu lambang sejauh mana diri kita menghargai setiap detik waktu yang kita miliki. Orang berjalan "terhegeh-hegeh" menunjukkan pada waktu itu fikirannya sedang kosong tanpa ada sedikit pun perkara yang mahu mereka kejarkan. Berbanding orang yang berjalan pantas, di dalam fikiran mereka ada sesuatu yang mereka mahu lakukan dan sudah tahu di mana mereka mahu mulakan. Mereka tidak lagi berfikir, sebab pada waktu itu mereka sudah ada matlamat yang jelas. 4. Hujung minggu penuh dengan aktiviti Bagi mereka yang sudah bekerjaya mahupun yang masih di alam kampus, hujung minggu kebiasaannya akan menjadi suatu detik yang paling di nantikan. Setelah penat bekerja atau belajar, tibalah masanya untuk mereka berehat fizikal dan mental dari rutin seharian di tempat kerja mahupun kolej. Bagi seseorang yang sangat menghargai masa, kesempatan cuti di hujung minggu akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan perkara yang berfaedah antaranya travel, hiking, hadir ke bengkel atau kursus dan macam-macam lagi. Kesibukan bekerja mungkin menghalang diri kita untuk menghadiri majlis ilmu, maka ambillah peluang waktu cuti untuk diisi dengan pengisian ilmu dan santapan rohani kita. 5. Tidak suka melepak atau berbual kosong terlalu lama Bagi mereka yang menghargai masa, mereka sudah sediakan senarai perkara yang mesti mereka lakukan setiap hari. Jika ada sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba seperti member ajak keluar minum, maka ia akan sedikit sebanyak mengganggu perancangan mereka itu. Namun, ia tidak menjadi masalah sekiranya kita bijak mengatur pertemuan supaya tidak memakan masa terlalu lama. Kebanyakkan mereka akan membuat target masa yang akan diperuntukkan dalam pertemuan tersebut dan akan memastikan pertemuan habis dalam tempoh tersebut. 6. Aktiviti harian yang dilakukan itu mengikut perancangan Ramai orang yang ada perancangan, namun ada juga yang hanya sekadar merancang tapi tiada tindakan. Tindakan penting dalam merealisasikan perancangan kita. Orang yang sangat menghargai masa akan memastikan setiap yang dirancang itu akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 7. Solat berjemaah di masjid atau surau Solat berjemaah di masjid atau surau merupakan suatu perkara yang sangat berat. Namun, ia boleh menjadi ringan apabila sudah menjadi keterbiasaan dalam hidup seharian kita. Jarak jauh atau dekat tidak menjadi alasannya, kerana ramai sahaja yang rumahnya terletak tidak jauh dari belakang masjid sahaja tapi tidak pernah nampak batang hidung mereka di masjid. Bahkan kadang-kadang imam masjid pon mereka tidak kenal. Sebaliknya, ramai juga yang duduk jauh dari masjid atau surau, namun jarang sungguh mereka terlepas takbir yang pertama bersama imam. Seseorang yang sangat menghargai masa, mereka akan menjaga keberkatan masa yang telah diberikan oleh pencipta masa dan seluruh makhluk. Selain itu, kemampuan mereka menghadirkan diri ke masjid untuk mendirikan solat secara berjemaah telah menunjukkan kebijaksanaan mereka mengatur kehidupan seharian mereka tanpa mengabaikan seluruh tanggungjawab mereka. 8. Mementingkan kualiti dalam setiap aktiviti Imam Hassan Al-Banna pernah berkata, "Kewajiban (tanggungjawab) yang kita miliki terlalu banyak berbanding masa yang kita miliki". Justeru, orang yang menghargai masanya akan memastikan setiap perkara yang mereka lakukan itu dilaksanakan dengan sebaiknya dan yang pastinya mereka inginkan hasil yang berkualiti. Hal ini supaya mereka tidak membuang masa sekiranya perkara yang mereka lakukan itu tidak memuaskan atau paling malang jika ia tidak menjadi dan perlu diulang semula. Tidakkah itu semua akan merugikan masa mereka. 9. Sentiasa fokus membuat sesuatu perkara Teringat satu kata-kata dari seorang pakar motivasi pelajar yang pernah saya dengari yang berbunyi, "Betul fokus, betul tindakan, betul hasil. Salah fokus, salah tindakan, salah hasil." Kualiti dalam produktiviti seharian kita datangnya dari sejauh mana fokus kita melakukannya. Daun kering tidak akan terbakar selagi cahaya matahari tidak di fokuskan pada suatu titik menggunakan kanta. Orang yang menghargai masa akan memastikan fikiran dan perbuatan mereka tidak lari jauh dari matlamat asal setiap tugasan mereka. 10. Tidak suka menangguh kerja Akhir sekali, tidak suka menangguh kerja juga ciri utama yang wujud dalam diri seseorang yang menitik beratkan soal masa. Bagi mereka, jika satu sahaja tugasan mereka ditangguh pasti akan mendatangkan masalah pada masa hadapan. Hal ini kerana, tugasan yang ditangguh itu tidak akan mengurangkan bebanan mereka melainkan hanya mengurangkan lagi tempoh masa untuk mereka menyelesaikannya di samping tambahan beban oleh tugasan-tugasan yang lain. Kata seorang pakar motivasi, saat otak kita bertanya sama ada mahu melakukan sesuatu perkara itu sekarang atau nanti, maka tidak perlu menjawab sebaliknya terus bertindak memulakan tugasan tersebut. Maka waktu itu, kita pastinya telah memilih untuk melakukannya sekarang. Kesimpulannya, setiap manusia dianugerahkan waktu yang sama banyak. Namun, yang akan membezakan mereka ialah pada kebijaksanaan mereka menguruskan masa yang mereka miliki. Hargai masa yang telah dianugerahkan ini. Ingatlah bahawa, setiap sesuatu itu akan dipersoalkan di padang mahsyar termasuklah juga akan nikmat masa yang diberi ini, bagaimana telah kita gunanya.
Habib Esahal, Kita sama-sama nak jaga masa.
0 Comments
7 PERKARA mesti BUAT SEMASA latihan industriLatihan industri atau istilah lainnya Internship. Ada juga yang biasa dengan istilah Praktikal. Tak kesahlah apapun istilah yang kita gunakan, ia merujuk pada maksud yang sama iaitu suatu proses latihan bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk mengalami sendiri dunia pekerjaan. Tempoh menjalani latihan ini bergantung pada Fakulti dan Universiti masing-masing dan kebiasaannya memakan masa 3 ke 6 bulan. Bagi seorang mahasiswa tempoh ini adalah lama dan jangan sesekali dibazirkan begitu sahaja. Dengan perancangan yang baik anda boleh dapat banyak perkara ketika Latihan Industri. Berikut 7 perkara yang mesti dilakukan. 1. Kuasai skill kepakaran Syarikat
2. Bina networking dengan staff-staff syarikat
3. Tunjukkan kesungguhan kita dalam kerja yang diberikan
4. Pandai bawa diri dan kurangkan merungut
5. Atur jadual hidup yang effective
6. Senaraikan nilai tambah yang lain
7. Jaga hubungan baik dengan penyelia, majikan dan staff
Akhir sekali, setiap orang mempunyai suasana dan keadaan yang berbeza-beza. Kesimpulannya, hargai peluang dan masa yang kita perolehi sewaktu latihan industri ini. Jadikanlah ia satu medan yang akan mengubah diri kita menjadi seorang bekas mahasiswa dan bakal bekerjaya yang berkualiti dan berdaya saing. Sekian, Habib Esahal, Sebulan lagi nak habis intern. |
AuthorHabib Esahal ArchivesCategories |